3 Dahulu kita juga bodoh, ingkar dan sesat. Kita dikuasai pelbagai nafsu dan keinginan. Kita hidup dengki-mendengki dan benci-membenci. 4 Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan kasih dan ihsan-Nya kepada kita. 5 Allah menyelamatkan kita, bukan kerana kebenaran yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Suci. 6 Allah melimpahkan Roh Suci itu kepada kita melalui Isa al-Masih, Penyelamat kita. 7 Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah dibenarkan untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan. 8 Kata-kata ini benar. Berikanlah perhatian terhadap hal-hal tersebut, supaya orang yang beriman kepada Allah berusaha sepenuhnya untuk melakukan segala yang baik serta bermanfaat kepada semua orang.
9 Sebaliknya, jauhilah perbahasan yang sia-sia, perbuatan menyusur-galur nenek moyang, pertengkaran dan pertikaian tentang hukum Taurat. Segala ini tidak membawa faedah. 10 Berikan amaran kepada sesiapa yang menyebabkan perpecahan di kalangan jemaah. Nasihati dia sekurang-kurangnya dua kali; jika dia tidak berubah, jauhilah dia. 11 Kamu tahu bahawa orang yang demikian itu sesat dan berdosa; dia menjatuhkan hukuman atas dirinya sendiri.
15 Semua saudara yang bersamaku berkirim salam kepada sahabat-sahabat seiman.