4 Oleh itu saudara-saudaraku, kamu juga telah mati kepada hukum Taurat melalui tubuh al-Masih, supaya kamu menjadi milik kepada yang lain, iaitu kepada Dia yang telah dibangkitkan daripada kematian, dan dengan demikian kita dapat menghasilkan buah kepada Allah. 5 Kerana dahulu ketika kita dikawal oleh sifat tabii yang berdosa, hawa nafsu berdosa yang ditimbulkan oleh hukum telah bekerja dalam tubuh kita, sehingga kita menghasilkan buah untuk kematian. 6 Tetapi sekarang, kita telah mati kepada apa yang membelenggu kita dahulu, maka kita telah dibebaskan daripada hukum untuk berkhidmat dalam cara baru Roh, tidak lagi dalam cara lama yang berasaskan peraturan bersurat.
13 Maka adakah sesuatu yang baik itu menjadi kematian kepadaku? Sama sekali tidak! Tetapi, supaya dosa dikenal sebagai dosa, dosa telah menimbulkan kematian dalam diriku melalui sesuatu yang baik; dengan demikian, melalui perintah itu, dosa dapat menjadi dosa sepenuhnya.
14 Kita tahu bahawa hukum bersifat rohani; tetapi aku tidak bersifat rohani, aku telah dijual sebagai hamba kepada dosa. 15 Aku tidak mengerti apa yang kulakukan. Apa yang kuhendaki, tidak kulakukan, sebaliknya aku melakukan apa yang kubenci. 16 Dan jika aku melakukan apa yang tidak mahu kulakukan, aku setuju bahawa hukum itu baik. 17 Nyatalah bahawa bukan aku yang melakukannya, tetapi dosa yang hidup dalam diriku. 18 Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu yang baik hidup dalam diriku, iaitu dalam sifat tabiiku yang berdosa. Kerana aku hendak melakukan apa yang baik, tetapi aku tidak mampu melaksanakannya. 19 Kerana yang kulakukan bukanlah kebaikan yang hendak kulakukan; tidak, kejahatan yang tidak hendak kulakukan – itulah yang kulakukan terus-menerus. 20 Jika aku melakukan sesuatu yang tidak ingin kulakukan, bukanlah lagi aku yang melakukannya tetapi dosa yang hidup dalam dirikulah yang melakukan.
21 Oleh itu aku mendapati hukum ini berlangsung; apabila aku hendak melakukan kebaikan, kejahatan bertapak di sisiku. 22 Kerana dalam jiwaku aku suka akan hukum Allah 23 tetapi aku melihat hukum lain bertindak dalam anggota-anggota tubuhku, memerangi hukum jiwaku dan membuat aku terpenjara dalam hukum dosa yang bertindak dalam anggota-anggota tubuhku. 24 Alangkah sengsaranya aku! Siapa yang akan menyelamatkanku daripada tubuh kematian ini? 25 Syukur kepada Allah melalui Isa al-Masih, Junjungan kita!