3 Aku berkata kepada setiap orang daripadamu, melalui kasih kurnia yang diberikan kepadaku: Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya, selaras dengan kadar iman yang telah diberikan Allah kepada setiap orang. 4 Sebagaimana tubuh manusia terdiri daripada beberapa anggota yang berbagai-bagai tugasnya dan bukan semua anggota itu mempunyai tugas yang sama, 5 begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam al-Masih, dan saling memiliki. 6 Kita mempunyai kurnia yang berlainan menurut kasih kurnia yang diberikan kepada kita. Sekiranya kita dianugerahi kurnia untuk bernubuat, maka bernubuatlah menurut kadar iman kita; 7 kalau untuk melayani, gunakanlah dalam pelayanan kita; jika untuk mengajar, gunakanlah dalam pengajaran. 8 Orang yang dianugerahi kurnia untuk menasihati, hendaklah dia menggunakannya dalam memberikan nasihat; kalau untuk memberi, lakukanlah dengan murah hati; kiranya untuk memimpin, berilah pimpinan dengan bersungguh-sungguh; dan jika untuk menunjukkan belas kasihan, lakukanlah dengan sukacita.
14 Pohonlah berkat bagi orang yang menganiayai kamu, dan jangan kutuk mereka. 15 Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. 16 Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.
17 Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang. 18 Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia. 19 Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: ‘Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,’ demikian firman Tuhan. 20 Oleh itu: