6 Katanya kepadaku, ‘Ini kata-kata yang dapat dipercayai dan benar. Allah, Tuhan segala roh nabi-nabi, telah menyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan dengan segera kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi.’
12 ‘Ingatlah, aku akan datang dengan segera, dan ganjaran-Ku bersama-Ku, supaya setiap orang mendapat balasan setimpal dengan perbuatannya. 13 Akulah Alif dan Ya, Yang Pertama dan Yang Terakhir.
14 ‘Diberkatilah sekalian yang menyucikan pakaiannya, kerana mereka akan dapat menghampiri pohon hidup dan masuk ke dalam kota itu melalui pintu gerbangnya. 15 Di luar terdapat anjing, ahli sihir, orang yang cabul, pembunuh, penyembah berhala, dan semua yang menyukai dusta serta menuturkannya.
16 ‘Aku, Isa, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah zuriat dan keturunan Daud, dan bintang fajar yang bersinar.’
17 Roh dan pengantin perempuan itu berkata, ‘Marilah’. Orang yang mendengar haruslah berkata, ‘Marilah.’ Orang yang dahaga haruslah datang. Sesiapa yang suka boleh mengambil air hidup itu dengan percuma.
18 Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar nubuat di dalam kitab ini, bahawa jika sesiapa menambahkan apa-apa kepadanya, Allah akan menambahkan baginya segala wabak yang tersurat di dalam kitab ini. 19 Dan jika sesiapa menggugurkan sepatah kata pun daripada nubuat ini, Allah akan menggugurkan bahagiannya daripada pohon hidup dan kota suci seperti yang tersurat di dalam kitab ini. 20 Yang bersaksi atas segala perkara ini berfirman, ‘Ya, Aku akan datang segera.’ Sesungguhnya, marilah Engkau, Ya Junjungan Isa. 21 Semoga kasih kurnia Junjungan Isa menyertai sekalian orang salih. Amin.
<- Wahyu 21