4 Namun demikian, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu telah meninggalkan kasihmu yang pertama. 5 Sedarilah betapa dalamnya kamu telah terjerumus. Bertaubatlah dan lakukanlah apa yang kamu lakukan mula-mula lagi. Jika tidak, Aku akan datang dan mengalihkan kaki pelitamu dari tempatnya. 6 Namun, ada sesuatu yang baik padamu: Kamu benci akan perbuatan pengikut Nikolaus yang juga Kubenci.
7 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Kepada yang menang akan Kuizinkan makan buah dari pohon hidup di taman Firdaus Allah.
11 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Mereka yang menang tidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua.
14 Tetapi aku mencelamu kerana beberapa perkara: Ada di antaramu yang menganut ajaran Bileam. Bileam telah mengajak Balak untuk memujuk umat Israel supaya berdosa dengan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala serta melakukan pencabulan. 15 Secara itu juga ada sebilangan daripadamu yang mengikut ajaran Nikolaus. 16 Bertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang segera kepadamu dan menyerang mereka dengan pedang yang keluar dari mulut-Ku.
17 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada mereka yang menang. Juga aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.
20 Namun, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu membenarkan perempuan bernama Izebel yang mengaku dirinya nabiah Allah itu mengajar umat-Ku. Dia mengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan pencabulan dan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. 21 Aku telah memberinya peluang untuk bertaubat tetapi dia enggan menghentikan perbuatannya yang cabul. 22 Ketahuilah, Aku akan menghukumnya dengan sakit terlantar dan mereka yang berzina dengannya akan menanggung kesengsaraan yang dahsyat melainkan mereka bertaubat daripada perbuatan mereka dengannya. 23 Aku juga akan meragut nyawa anak-anaknya, supaya seluruh jemaah tahu bahawa Akulah yang menyelami hati dan fikiran manusia. Aku akan memberikan balasan yang setimpal dengan perbuatan setiap orang. 24 Tetapi sesetengah daripada kamu di Tiatira tidak mengikut ajaran durjana itu. Kamu tidak menuntut ilmu daripada Iblis. Aku berkata kepadamu bahawa aku tidak akan menambahkan bebanmu dengan kewajipan baru. 25 Namun, kamu haruslah memelihara apa yang sudah ada padamu, hingga saat Aku datang nanti.
26 Kepada yang menang dan melakukan kehendak-Ku sampai akhir akan Kuanugerahi kekuasaan ke atas bangsa-bangsa.