3 Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh. 4 Perempuan itu berpakaian ungu dan merah, dihiasi emas permata serta mutiara, tangannya memegang cawan emas yang penuh dengan kelucahan dan kecemaran perzinaannya. 5 Di atas dahinya tertulis:
9 ‘Inilah fikiran yang mempunyai kebijaksanaan. Tujuh kepala itu adalah tujuh gunung tempat perempuan itu tinggal. 10 Juga ada tujuh orang raja. Lima orang telah runtuh kerajaannya, satu masih bertakhta dan seorang lagi belum muncul. Datangnya nanti hanya untuk seketika. 11 Binatang yang pernah wujud dan yang tidak wujud lagi itu adalah raja yang kelapan, dan asalnya daripada yang ketujuh. Ia juga akan menuju kebinasaan.
12 ‘Sepuluh tanduk yang kamu lihat itu bererti sepuluh orang raja yang belum mendapat kerajaan lagi, tetapi mereka menerima kekuasaan sebagai raja bersama dengan binatang itu selama sejam. 13 Mereka sepakat dan akan menyerahkan kuasa dan kekuasaan mereka kepada binatang itu. 14 Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Junjungan segala junjungan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.’
15 Malaikat itu berkata kepadaku, ‘Air yang kamu lihat di tempat pelacur itu duduk adalah kaum, orang ramai, bangsa dan bahasa. 16 Binatang dan sepuluh tanduknya yang kamu lihat itu akan membenci pelacur itu, dan membuatnya terlantar serta telanjang, lalu memakan dagingnya dan membakarnya dengan api. 17 Allah telah menggerakkan hati mereka, untuk menunaikan kehendak-Nya, supaya sepakat dan menyerahkan kerajaan mereka kepada binatang itu hingga berlaku segala firman Allah. 18 Perempuan yang kamu lihat itu adalah kota agung yang menguasai semua raja di bumi ini.’
<- Wahyu 16Wahyu 18 ->