5 Malaikat yang kulihat berdiri antara laut dengan darat itu mengangkat tangannya ke langit. 6 Dia bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya, yang telah mencipta syurga dan segala isinya, bumi dan segala isinya serta laut dan segala isinya, bahawa segalanya tidak harus dilengah-lengahkan lagi. 7 Tetapi pada masa malaikat ketujuh hendak meniup sangkakalanya, rahsia Allah akan selesai, sebagaimana firman-Nya kepada hamba-Nya, para nabi.
8 Kemudian suara yang kudengar dari syurga itu berkata lagi kepadaku, ‘Pergilah ambil naskhah kecil yang terbuka dari tangan malaikat yang berdiri di antara laut dengan darat itu.’
9 Aku pun mendapatkan malaikat itu dan berkata, ‘Berilah aku naskhah kecil itu.’ Katanya kepadaku, ‘Ambil dan makanlah naskhah ini. Perutmu akan terasa pahit tetapi di mulutmu akan terasa semanis madu.’ 10 Lantas kuambil naskhah kecil itu dari tangannya lalu kumakan, maka di mulutku terasa semanis madu.