Filemon
1 Surat ini daripada Paulus yang dipenjarakan kerana Isa al-Masih, juga daripada saudara kita Timotius,
12 Aku menghantar kembali kepadamu Onesimus yang amat kukasihi. 13 Sebenarnya aku mahu dia tetap bersamaku di sini untuk membantuku bagi pihakmu sepanjang tempoh aku dipenjarakan kerana menyebarkan Injil. 14 Namun demikian, aku tidak mahu memaksa kamu membantuku. Biarlah bantuan itu kamu hulurkan dengan rela hati. Oleh itu aku tidak mahu berbuat apa-apa tanpa persetujuanmu. 15 Mungkin Onesimus meninggalkanmu untuk sementara waktu supaya kamu mendapatnya kembali untuk selama-lamanya. 16 Kini dia bukan hanya seorang hamba, dia saudara yang dikasihi. Dia amat bererti bagiku, dan tentulah lebih bererti bagimu, baik sebagai hamba mahupun sebagai saudara dalam Tuhan.
17 Oleh itu, sekirannya kamu menganggapku sebagai rakan sekerja, sambutlah dia kembali seperti kamu menyambutku. 18 Jika ada kesalahannya atau hutangnya kepadamu, biarlah aku yang menanggungnya. 19 Lihatlah, kata-kata berikut kuterakan dengan tulisanku sendiri: Aku, Paulus, akan menyelesaikan segala-galanya – Aku tidak perlu mengingatkan kamu bahawa kamu berhutang kepadaku dirimu sendiri. 20 Oleh itu, demi Tuhan tolonglah aku dan gembirakan hatiku sebagai saudara seiman dalam al-Masih. 21 Ketika menulis surat ini, aku yakin bahawa kamu akan menunaikan permintaanku. Malah sebenarnya aku tahu bahawa lebih daripada yang kuminta itu pun akan kamu lakukan.
22 Sementara itu, sediakanlah bilik untukku di rumahmu, kerana aku berharap Allah akan mengabulkan doa kamu semua semoga aku kembali kepadamu.
25 Semoga kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih menyertai roh kamu semua.