1 Kemudian Isa kembali ke saumaah. Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. 2 Ada beberapa orang yang ingin mencari alasan untuk membuat tuduhan terhadap Isa. Mereka memerhatikan dengan teliti sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. 3 Isa berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, ‘Berdiri, marilah ke depan.’
4 Kemudian Dia menyoal orang di situ, ‘Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau jahat? Menyelamatkan atau membinasakan orang?’ Tetapi semuanya berdiam diri.
5 Isa memandang orang di sekeliling-Nya dengan rasa marah dan amat dukacita dengan mereka yang begitu keras kepala. Lalu Dia berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, ‘Hulurkan tanganmu.’ Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh, tangan itu terus sembuh. 6 Orang Farisi keluar dari situ lalu segera berpakat dengan beberapa anggota golongan Herodes untuk membunuh Isa.
22 Sebilangan guru Taurat dari Baitulmaqdis berkata, ‘Dia dirasuk Beelzebul! Dengan kuasa penghulu roh iblis Dia menghalau roh-roh iblis.’
23 Oleh itu Isa memanggil semua orang itu lalu bercakap melalui beberapa ibarat: ‘Bagaimana Iblis dapat menghalau Iblis? 24 Kalau satu kerajaan berpecah belah, kerajaan itu tidak dapat bertahan. 25 Dan jika keluarga berpecah belah, keluarga itu akan hancur. 26 Dan jika Iblis berontak melawan dirinya sendiri dan berpecah belah, dia tidak dapat bertahan; sudah sampailah saat kemusnahannya. 27 Tiada siapa dapat memasuki rumah seorang yang gagah dan merampas hartanya, kecuali orang gagah itu dapat diikatnya dahulu. 28 Ingatlah: Segala dosa dan kata kufur manusia dapat diampunkan. 29 Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampunkan; dia bersalah kerana berbuat dosa kekal.’
30 Isa berkata demikian kerana ada orang berkata, ‘Dia dirasuk roh durjana.’
33 Isa menjawab, ‘Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?’
34 Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, ‘Lihat, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! 35 Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.’
<- Markus 2Markus 4 ->