6 Guru-guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, 7 ‘Lancangnya dia mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!’
8 Tetapi Isa segera mengetahui dalam roh-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu berkata, ‘Mengapa kamu berfikir begitu? 9 Manakah yang lebih mudah dikatakan: “Dosamu telah diampunkan,” atau, “Bangun, angkat tikarmu dan berjalanlah”? 10 Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa...’ Berkatalah Dia kepada orang lumpuh itu, 11 ‘Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah.’ 12 Di hadapan mata mereka semua, orang lumpuh itu bangun, mengangkat tikarnya lalu segera berjalan ke luar. Semua orang di situ kehairanan lalu memuji Allah. Mereka berkata, ‘Belum pernah kami lihat kejadian begini!’
15 Selepas itu Isa makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan ‘orang berdosa’ mengikut Isa dan ramai antara mereka turut makan bersama Isa serta para pengikut-Nya. 16 Apabila hal ini dilihat oleh sebilangan guru Taurat daripada golongan Farisi, mereka bertanya kepada para pengikut Isa: ‘Mengapa dia makan bersama pemungut cukai dan “orang berdosa”?’
17 Isa mendengar pertanyaan itu lalu menjawab, ‘Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang yang benar, tetapi orang berdosa.’
19 Isa menjawab, ‘Adakah tetamu di majlis jamuan kahwin berpuasa? Tentu tidak, selagi pengantin lelaki masih bersama mereka, tidaklah mereka berpuasa. 20 Tetapi akan tiba saatnya pengantin lelaki dibawa pergi meninggalkan mereka. Ketika itulah mereka berpuasa.
21 ‘Tiada siapa menggunakan kain baru untuk menampal pakaian lama, kerana kain baru itu akan mengecut dan semakin koyaklah pakaian lama. 22 Begitu juga, tiada siapa menuangkan air anggur yang baru ke dalam bekas kulit yang lama. Kalau dilakukan, air anggur baru akan memecahkan bekas lama, dan kedua-duanya terbuang. Air anggur baru mesti dituangkan ke dalam bekas yang baru.’
25 Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak buahnya kekurangan dan kelaparan? 26 Dia masuk ke khemah Allah sewaktu Abiatar berjawat sebagai Imam Besar lalu makan roti persembahan, meskipun perbuatan itu dilarang kerana hanya imam dibenarkan makan roti itu. Daud juga memberikan roti itu kepada mereka yang ada bersamanya.’
27 Isa menambah, ‘Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat. 28 Jadi Putera Insan juga Junjungan atas hari Sabat.’
<- Markus 1Markus 3 ->