4 Apabila mereka memandang makam itu, mereka mendapati batu yang sangat besar itu telahpun digulingkan. 5 Mereka masuk ke dalam makam itu dan melihat seorang pemuda berjubah putih sedang duduk di sebelah kanan; mereka sungguh terkejut dan ketakutan.
6 Tetapi dia berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Kamu mencari Isa orang Nasaret, yang telah disalib. Dia telah bangkit semula! Dia tidak ada di sini. Lihatlah tempat mereka baringkan jenazah-Nya. 7 Tetapi, pergilah, beritahu para pengikut-Nya, termasuk Petrus, bahawa Dia mendahuluimu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya, seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.’
8 Mereka pun segera keluar dan berlari meninggalkan makam itu, kerana mereka gementar dan kehairanan. Mereka tidak berkata apa-apa kepada sesiapa, kerana mereka takut.
12 Selepas itu, Dia menampakkan diri dengan cara lain kepada dua orang daripada mereka ketika mereka sedang berjalan ke desa. 13 Kedua-dua orang pengikut Isa itu segera pergi memberitahu yang lain, tetapi mereka juga tidak percaya. 14 Kemudian Dia menampakkan diri kepada kesemua pengikut-Nya yang sebelas itu ketika mereka sedang makan. Dia menegur sikap mereka yang tidak percaya dan keras hati, kerana mereka tidak mempercayai orang yang telah melihat-Nya setelah Dia bangkit semula.
15 Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah ke serata dunia dan sebarkan Injil kepada setiap insan. 16 Sesiapa yang percaya dan diimadkan akan diselamatkan, tetapi sesiapa yang tidak percaya akan dihukum. 17 Tanda-tanda ini akan menyertai mereka yang percaya: Dengan nama-Ku mereka akan menghalau roh-roh iblis, dan mereka akan bertutur dengan bahasa-bahasa baru. 18 Mereka akan memegang ular tanpa mudarat. Kiranya mereka terminum racun, mereka tetap selamat. Mereka akan meletakkan tangan pada orang sakit dan orang itu akan sembuh.’
19 Setelah Junjungan Isa berkata-kata dengan mereka, Dia disambut naik ke syurga lalu duduk di kanan Allah. 20 Para pengikut-Nya pergi mengajar di serata dunia. Tuhan bekerja bersama mereka, mengesahkan firman dengan iringan tanda-tanda ajaib.
<- Markus 15