4 Mereka pun pergi dan mendapati anak keldai itu tertambat di pintu di tepi jalan, lalu mereka melepaskannya. 5 Beberapa orang yang berdiri di situ bertanya kepada mereka, ‘Apa yang kamu buat, melepaskan anak keldai itu?’ 6 Mereka menjawab seperti yang diperintahkan oleh Isa, lalu mereka dibenarkan pergi. 7 Mereka membawa anak keldai itu kepada Isa dan meletakkan jubah mereka di atas belakangnya. Isa pun duduk di atas belakang anak keldai itu. 8 Ramai orang membentangkan jubah mereka di atas jalan. Yang lain memotong dahan-dahan rimbun daripada pokok-pokok di situ dan meletakkannya sepanjang jalan. 9 Setelah itu mereka yang berjalan di hadapan dan yang mengikut dari belakang berseru,
15 Apabila sampai di Baitulmaqdis, Isa masuk ke rumah ibadat. Dia menghalau keluar orang yang berjual beli di dalam rumah ibadat, dan menterbalikkan meja para pengurup wang serta tempat duduk penjual burung merpati. 16 Dia tidak membenarkan siapapun mengangkat barangan melalui rumah ibadat. 17 Kemudian Dia mengajar mereka, kata-Nya, ‘Tidakkah tersurat:
18 Guru-guru Taurat dan ketua-ketua imam mendengarnya lalu mencari jalan hendak membinasakan Isa, kerana mereka takut kepada-Nya, memandangkan semua orang mengagumi ajaran-Nya.
19 Setelah lewat petang, Isa keluar dari kota itu.
22 Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Berimanlah kepada Allah. 23 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika sesiapa berkata kepada gunung, “Beralihlah dan terhumbanlah ke laut,” tanpa ragu dalam hatinya dan dengan sepenuh kepercayaan bahawa apa yang dikatakannya akan berlaku, maka akan terjadilah seperti kata-katanya itu. 24 Oleh itu Aku berkata kepadamu, apa sahaja yang kamu minta ketika berdoa, percayalah kamu akan menerimanya, maka kamu akan mendapatnya. 25 Setiap kali kamu berdoa, jika ada sesiapa yang bersalah terhadapmu, ampunilah dia, supaya Bapamu di syurga juga akan mengampunkan kesalahanmu. 26 Tetapi jika kamu tidak mengampuni, Bapamu di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.’
29 Tetapi Isa menjawab, ‘Aku juga akan bertanya satu soalan kepadamu. Jawablah soalan-Ku, maka Aku akan memberitahumu dengan kekuasaan apa Aku melakukan perkara-perkara ini. 30 Pengimadan Yahya – adakah daripada syurga atau daripada manusia? Jawablah soalan-Ku!’
31 Mereka berbincang sesama sendiri, ‘Kalau kita berkata, “Daripada syurga”, nanti kata-Nya, “Kalau begitu, mengapa kamu tidak percaya kepadanya?” 32 Tetapi, kalau kita berkata, “Daripada manusia”...’ (Mereka takut akan orang ramai itu yang semuanya menganggap Yahya seorang nabi.)
33 Oleh itu mereka menjawab, ‘Kami tidak tahu.’