2 Orang Farisi datang kepada-Nya untuk menduga-Nya. Mereka bertanya, ‘Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?’
3 Dia menjawab, ‘Apa yang diperintahkan oleh Musa kepadamu?’
4 Mereka berkata, ‘Musa membenarkan seseorang lelaki menulis surat cerai dan menyingkirkan isterinya.’
5 Isa berkata, ‘Disebabkan hati batu kamu, Musa menuliskan peraturan itu. 6 Tetapi sejak alam dicipta, Allah “telah menjadikan lelaki dan perempuan.” 7 “Oleh itu seseorang lelaki harus meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, 8 dan mereka berdua akan menjadi satu,” bukan lagi dua, tetapi satu. 9 Maka, apa yang telah disatukan oleh Allah, janganlah manusia memisahkan.’
10 Di dalam rumah, para pengikut-Nya bertanya lagi kepada-Nya tentang hal ini. 11 Dia menjawab, ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwin dengan perempuan lain, melakukan zina. 12 Begitu juga, jika seseorang wanita menceraikan suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain, dia melakukan zina.’
18 Isa berkata kepadanya, ‘Mengapa kamu memanggil-Ku baik? Tiada siapa yang baik kecuali satu, iaitu Allah. 19 Kamu tahu perintah-perintah Allah: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberi kesaksian palsu, jangan menipu, hormati ibu bapamu.” ’
20 Orang itu menjawab, ‘Tuan Guru, semua ini telah aku taati dari usia muda lagi.’
21 Isa memandangnya dengan penuh kasih lalu berkata, ‘Ada satu kekuranganmu. Pergilah, jual segala yang ada padamu, berikan hasil penjualannya kepada orang miskin, maka kamu akan mendapat harta di syurga. Sesudah itu datanglah dan ikut Aku.’
22 Tetapi orang itu sedih mendengar kata-kata ini lalu pergi dengan dukacita, kerana dia mempunyai banyak harta.
23 Kemudian Isa memandang sekeliling dan berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Betapa susahnya bagi orang kaya untuk masuk ke dalam kerajaan Allah!’
24 Para pengikut-Nya kehairanan mendengar kata-kata-Nya. Tetapi Isa berkata lagi, ‘Anak-anakku, betapa susahnya untuk masuk ke dalam kerajaan Allah! 25 Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah.’
26 Para pengikut-Nya merasa sungguh hairan, lalu berkata sama sendiri, ‘Kalau begitu, siapa yang dapat diselamatkan?’
27 Tetapi Isa memandang mereka lalu berkata, ‘Bagi manusia hal itu mustahil, tetapi tidak bagi Allah, kerana bagi Allah segala-galanya dapat dilakukan.’
28 Kemudian Petrus berkata kepada-Nya, ‘Lihatlah, kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikut-Mu!’
29 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, setiap orang yang telah meninggalkan rumah, adik-beradik, ibu bapa, anak isteri, atau tanah untuk-Ku dan untuk Injil 30 pasti akan menerima seratus kali ganda dalam dunia ini (rumah, adik beradik, ibu, anak-anak dan tanah – serta penganiayaan) dan pada kemudian hari, hidup kekal. 31 Tetapi ramai yang pertama akan menjadi terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang pertama.’
36 Isa bertanya kepada mereka, ‘Apa yang kamu mahu Aku buat untukmu?’
37 Mereka berkata kepada-Nya, ‘Kurniailah kami duduk di kiri dan kanan-Mu dalam kemuliaan-Mu.’
38 Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu tidak tahu apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum daripada cawan yang Kuminum, dan diimadkan dengan pengimadan yang Kuterima?’
39 Mereka menjawab, ‘Sanggup.’
41 Apabila pengikut yang sepuluh orang lagi itu mendengar hal itu, mereka marah akan Yakobus dan Yahya. 42 Tetapi Isa memanggil mereka kepada-Nya lalu berkata, ‘Kamu tahu bahawa di kalangan orang bukan bani Israel, orang yang dianggap pemerintah memerintah rakyat dengan kuku besi, dan orang besar melaksanakan kekuasaan ke atas mereka. 43 Ini tidak harus berlaku di kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar di antaramu hendaklah melayani yang lain. 44 Sesiapa yang ingin menduduki tempat pertama hendaklah menjadi hamba kepada semua, 45 kerana Putera Insan juga datang bukan untuk dilayani tetapi untuk melayani, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang.’
48 Ramai orang menyuruhnya diam, tetapi dia semakin berteriak, ‘Anak Daud, kasihanilah aku!’
49 Oleh itu Isa berhenti dan memberi perintah supaya dia dipanggil.
51 Isa berkata kepadanya, ‘Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?’
52 Isa menjawab, ‘Pergilah, imanmu telah menyembuhkanmu.’ Serta-merta orang itu dapat melihat, lalu mengikut Isa dalam perjalanan-Nya.
<- Markus 9Markus 11 ->