3 Ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan tua-tua berhimpun di rumah Imam Besar yang bernama Kayafas. 4 Mereka berpakat untuk memperdaya Isa dan membunuh-Nya. 5 Tetapi mereka berkata, ‘Janganlah dilakukan pada masa perayaan, takut orang ramai merusuh.’
8 Apabila pengikut-pengikut-Nya melihat perbuatan wanita itu, mereka marah lalu berkata, ‘Mengapa membazir begini? 9 Minyak wangi ini boleh dijual dengan harga yang tinggi dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin.’
10 Tetapi apabila Isa mengetahui kemarahan mereka, Dia berkata, ‘Mengapakah kamu menyusahkan wanita ini? Dia telah melakukan sesuatu yang baik untuk-Ku. 11 Orang miskin akan sentiasa ada di sekelilingmu, tetapi Aku tidaklah sentiasa bersamamu. 12 Dengan menuangkan minyak wangi ini ke atas tubuh-Ku, dia melakukannya untuk pengebumian-Ku. 13 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, di mana-mana pun kelak Injil ini disampaikan di serata dunia, apa yang telah dilakukan oleh wanita ini akan dikisahkan juga sebagai kenangan kepadanya.’
18 Isa menyuruh mereka ke bandar, mencari seorang tertentu dan mengatakan kepadanya, ‘Guru berkata, “Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut perayaan Paska di rumahmu bersama para pengikut-Ku.” ’ 19 Pengikut-pengikut Isa menjalankan arahan-Nya lalu menyediakan jamuan perayaan Paska.
20 Menjelang malam, Dia pun bertelekan di meja bersama pengikutnya yang dua belas itu. 21 Sambil makan itu Dia berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.’
22 Mereka sungguh berdukacita, dan setiap orang daripada mereka berkata kepada-Nya, ‘Junjungan, tentunya aku bukan orang itu?’
23 Isa menjawab, ‘Orang yang mencecahkan tangannya bersama-Ku ke dalam bekas akan mengkhianati-Ku. 24 Putera Insan memanglah harus pergi sebagaimana telah tersurat, tetapi malanglah orang yang mengkhianati-Nya! Lebih baik lagi bagi orang itu jika tidak dilahirkan.’
25 Ketika itu Yudas yang akan mengkhianati-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, akukah orangnya?’
27 Kemudian Dia mengambil cawan air anggur dan mengucap syukur kepada Allah lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, ‘Minumlah darinya, kamu semua. 28 Kerana ini darah-Ku bagi perjanjian baru, ditumpahkan untuk umat manusia supaya hapus dosa mereka. 29 Tetapi, Aku berkata kepadamu, Aku tidak akan minum air anggur dari saat ini hinggalah hari Aku minum air anggur bersamamu dalam kerajaan Bapa-Ku.’
30 Setelah menyanyikan sebuah lagu suci mereka pun beredar ke Bukit Zaitun.
31 Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu semua akan goyah kerana-Ku malam ini, sebagaimana telah tersurat:
33 Petrus menjawab, ‘Kalaupun semua yang lain goyah kerana-Mu, Junjungan, aku tidak akan goyah.’
34 Isa berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pada malam ini juga, sebelum ayam berkokok, engkau akan menyangkal-Ku tiga kali.’
35 Petrus berkata kepada Isa, ‘Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu, Junjungan!’ Demikian jugalah kata pengikut-pengikut-Nya yang sebelas orang lagi.
39 Isa pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, biarlah kehendak-Mu berlaku, bukan kehendak-Ku.’
40 Kemudian Dia pergi kepada pengikut-pengikut-Nya dan mendapati mereka telah tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, ‘Apa? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku?’ 41 Berjaga dan berdoalah, takut nanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmani lemah.’
42 Bagi kali kedua, Dia pergi dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, jika cawan ini tidak mungkin beredar daripada-Ku melainkan Kuminum, biarlah kehendak-Mu berlaku.’
43 Selepas itu Dia mendapati mereka tidur lagi, kerana mata mereka sungguh mengantuk. 44 Dia pun meninggalkan mereka dan pergi berdoa lagi, bagi kali ketiga. Dia mengucapkan kata-kata yang sama.
45 Setelah itu Dia mendapatkan pengikut-pengikut-Nya lalu berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan Putera Insan sedang dikhianati untuk diserahkan ke tangan orang berdosa. 46 Bangunlah, ayuh kita pergi. Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba.’
50 Isa berkata kepadanya, ‘Kawan, mengapakah kamu datang?’
52 Tetapi Isa berkata kepada pengikut-Nya itu, ‘Simpan semula pedangmu di tempatnya yang wajar, kerana semua yang menggunakan pedang akan musnah dimakan pedang. 53 Adakah kamu sangka Aku tidak boleh berdoa supaya Bapa-Ku menghantar lebih daripada dua belas tentera malaikat untuk menolong-Ku? 54 Bukankah kejadian ini mesti berlaku supaya yang tersurat di dalam Kitab Suci ternyata benar?’
55 Kemudian Isa berkata kepada orang ramai itu, ‘Patutkah kamu datang, bagaikan hendak menangkap perompak, dengan pedang dan belantan, untuk membawa-Ku pergi? Hari demi hari Aku duduk bersamamu, mengajar di rumah ibadat, dan kamu tidak menangkap-Ku. 56 Tetapi segala ini dilakukan untuk menunaikan apa yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.’ Setelah itu semua pengikut Isa meninggalkan-Nya, masing-masing melarikan diri.
59 Ketua-ketua imam dan seluruh Majlis Agama telah mencari kesaksian palsu terhadap Isa supaya dapat membunuh-Nya. 60 Tetapi mereka tidak berjaya. Sungguhpun ramai saksi palsu yang tampil, tidak didapati kesaksian yang dikehendaki itu.
62 Imam Besar berdiri lalu berkata kepada Isa, ‘Tidakkah kamu menjawab apa-apa? Apakah yang didakwakan oleh dua orang ini terhadap-Mu?’ 63 Tetapi Isa berdiam diri.
64 Isa berkata kepadanya, ‘Benarlah seperti katamu. Namun, Aku berkata kepadamu, kemudian hari kelak kamu akan melihat Putera Insan duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa, dan datang dalam awan di atas langit.’
65 Kemudian Imam Besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, ‘Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya! 66 Bagaimana pendapatmu?’
67 Setelah itu mereka meludah muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya. 68 Mereka berkata, ‘Bernubuatlah pada kami, hai al-Masih! Siapa yang memukul-Mu?’
70 Tetapi Petrus menyangkal di hadapan mereka semua, ‘Aku tak tahu apa yang kaukatakan itu.’
71 Setelah Petrus pergi ke luar ke pintu gerbang, seorang perempuan lagi melihatnya dan berkata kepada orang di situ, ‘Orang ini pun bersama Isa orang Nasaret.’
72 Petrus menyangkal lagi sambil bersumpah, ‘Aku tak kenal orang itu!’
73 Tidak lama kemudian orang yang berdiri-diri di situ menghampiri Petrus dan berkata kepadanya, ‘Sudah tentu kamu juga seorang daripada mereka; ini jelas daripada loghatmu.’
74 Petrus pun mengucapkan kutuk dan sumpah, ‘Aku tak kenal orang itu!’