4 Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, sungguh baik bagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’
5 Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-Nya!’
6 Mendengar suara itu, para pengikut Isa ketakutan lalu meniarap di tanah. 7 Isa datang menyentuh mereka sambil berkata, ‘Bangunlah. Jangan takut.’ 8 Apabila mereka memandang keliling, tiada siapapun kelihatan kecuali Isa.
9 Mereka turun dari atas gunung itu. Isa mengeluarkan perintah, ‘Jangan beritahu sesiapapun apa yang telah kamu lihat, selagi Putera Insan belum dibangkitkan daripada kematian.’
10 Para pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Mengapakah guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’
11 Isa menjawab, ‘Memang benar Ilyas mesti datang dulu untuk menyediakan semuanya. 12 Tetapi sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Ilyas sudahpun datang tetapi orang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hati kepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepada Putera Insan.’ 13 Ketika itu barulah para pengikut Isa faham bahawa yang dimaksudkan-Nya ialah Yahya Pengimad.
17 Isa menjawab, ‘Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!’ 18 Isa mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar dari anak itu lalu dia sembuh serta-merta.
19 Para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, ‘Mengapakah kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?’
20 Isa menjawab, ‘Kerana kamu tidak beriman. Sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit, “Beralihlah ke situ!” maka bukit itu akan beralih. Kamu dapat melakukan apa saja. 21 Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.’
22 Ketika semua pengikut Isa berhimpun di Galilea, Isa berkata kepada mereka, ‘Putera Insan akan diserahkan kepada manusia. 23 Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.’ Mendengar kata-kata itu, para pengikut Isa berdukacita.
25 Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’
26 ‘Orang lain,’ jawab Petrus.