3 Isa menjawab, ‘Aku juga hendak bertanya kepadamu suatu perkara. Katakanlah kepada-Ku 4 pengimadan Yahya itu datang daripada siapa, syurga atau manusia?’
5 Mereka berbincang sesama sendiri, ‘Jikalau kita katakan, “Daripada syurga,” Dia akan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?” 6 Sebaliknya, jikalau kita katakan, “Daripada manusia,” orang ramai sudah tentu akan merejam kita kerana mereka yakin bahawa Yahya itu seorang nabi.’
7 Mereka pun menjawab kepada Isa bahawa mereka tidak mengetahui dari mana asalnya pengimadan Yahya itu.
8 Oleh itu, Isa pun berkata kepada mereka, ‘Aku juga tidak akan memberitahu kamu atas kuasa siapa Aku melakukan segala perkara ini.’
13 ‘Pemilik ladang itu berkata, “Apakah yang hendak kubuat? Baik kusuruh puteraku yang kukasihi. Tentu petani-petani itu akan menghormatinya.”
14 ‘Tetapi apabila petani-petani itu melihatnya, mereka berbincang sesama sendiri, “Inilah warisnya. Marilah kita bunuh dia supaya ladang ini menjadi hak kita.” 15 Mereka pun mengusirnya keluar dari ladang lalu membunuhnya.’
17 Tetapi Isa memandang mereka dan bertanya, ‘Kalau begitu, apakah maksud ayat yang tersurat ini:
20 Mereka menunggu peluang. Lalu mereka mengutus beberapa orang supaya berpura-pura ikhlas untuk memerangkap Isa dengan mengemukakan pertanyaan tertentu supaya mereka dapat menyerahkan Isa ke dalam kawalan dan bidang penghakiman gabenor. 21 Mereka bertanya kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami mengetahui apa yang Tuan Guru katakan dan ajarkan itu betul. Kami juga mengetahui Tuan Guru tidak pilih kasih kepada seseorang tetapi dengan ikhlas mengajarkan jalan Allah. 22 Beritahulah kami, mengikut Taurat patutkah kami membayar cukai kepada Kaisar?’
23 Isa mengetahui niat muslihat mereka lalu berkata, 24 ‘Tunjukkanlah Aku sekeping mata wang. Gambar dan nama siapakah ini?’
25 Mereka menjawab, ‘Gambar dan nama Kaisar.’
26 Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memerangkap Isa di hadapan orang ramai itu. Mereka diam sahaja kerana kagum akan jawapan-Nya.
34 Isa menjawab, ‘Lelaki dan perempuan yang hidup sekarang ini berkahwin 35 tetapi mereka yang layak dibangkitkan daripada kematian dan hidup pada zaman yang akan datang tidak berkahwin. 36 Mereka itu seperti malaikat dan tidak boleh mati lagi. Mereka menjadi anak Allah kerana mereka telah dibangkitkan daripada kematian. 37 Musa telah menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Dalam kisah belukar yang bernyala, Allah disebut sebagai Tuhan yang disembah oleh Ibrahim, Ishak dan Yakub. 38 Allah bukannya Tuhan bagi orang mati tetapi bagi orang yang hidup. Mereka itu semua hidup pada Allah.’
39 Beberapa orang ahli Taurat berkata, ‘Tuan Guru, betul jawapan-Mu.’ 40 Mereka tidak berani bertanya kepada Isa apa-apa lagi.
45 Di hadapan orang ramai itu Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, 46 ‘Berhati-hatilah dengan guru-guru Taurat yang suka berjalan-jalan berjubah labuh, suka dihormati di tempat orang ramai, suka mendapatkan tempat terbaik di saumaah dan terhormat di majlis makan. 47 Mereka memperdaya balu dan merampas harta mereka tetapi kemudian berpura-pura berdoa dengan panjangnya! Mereka akan menerima hukuman yang paling berat.’
<- Lukas 19Lukas 21 ->