3 Isa pun mengatakan ibarat ini kepada mereka. 4 ‘Jikalau seorang antara kamu mempunyai seratus ekor domba lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba di padang lalu pergi mencari domba yang hilang itu sehingga ditemukannya. 5 Setelah dia menemukannya, dia memikul domba itu di atas bahunya. 6 Setibanya di rumah, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya lalu berkata, “Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan domba aku yang hilang itu.” 7 Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalah kegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembilan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlu bertaubat.
13 ‘Tidak lama kemudian, yang bongsu itu menjual hartanya dan merantau ke negeri yang jauh. Di situ dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya. 14 Setelah dia menghabiskan kesemua wangnya, suatu kebuluran yang teruk berlaku di negeri itu dan dia dalam keadaan serba kekurangan. 15 Dia pergi bekerja dengan seorang penduduk negeri itu dan disuruh menjaga babi di ladangnya. 16 Dia ingin mengisi perutnya dengan sekam kacang yang dimakan oleh babi tetapi tiada seorang pun yang memberikan apa-apa kepadanya.
17 ‘Akhirnya, dia sedar dan berkata, “Semua orang gaji bapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan! 18 Aku hendak kembali kepada bapaku, dan aku akan berkata kepadanya: Ayah, aku telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. 19 Aku tidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah aku ini sebagai salah seorang gaji ayah.” 20 Dia pun kembali kepada bapanya.
21 ‘Anak itu berkata kepada bapanya, “Ayah, aku telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut anak ayah.”
22 ‘Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, “Segeralah ambil pakaian yang terbaik dan pakaikanlah kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin di jarinya dan pakaikan kasut pada kakinya. 23 Pilihlah dan sembelilah anak lembu yang tambun, dan marilah kita mengadakan jamuan dan bersuka ria; 24 kerana anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemui kembali.” Lalu mereka mula bersuka ria.
25 ‘Pada masa itu anak sulung bekerja di ladang. Apabila dia pulang ke rumah, dia terdengar bunyi muzik dan orang menari-nari. 26 Dia memanggil seorang hamba lalu bertanya, “Apakah yang sedang berlaku ini?” 27 Hamba itu menjawab, “Adik tuan telah pulang dan bapa tuan telah menyembelih anak lembu yang tambun kerana adik tuan pulang dengan selamatnya.”
28 ‘Anak sulung itu sangat marah sehingga dia tidak mahu masuk ke dalam rumah. Ayahnya keluar lalu memujuk dia. 29 Anak sulung itu berkata, “Tengoklah, bertahun-tahun aku bekerja untuk ayah. Aku tidak pernah melanggar perintah ayah. Tetapi ayah tidak pernah memberikan seekor anak kambing pun kepada aku supaya aku dapat bersuka ria dengan sahabat-sahabatku. 30 Namun sepulangnya anak ayah ini yang telah memboroskan harta ayah dengan perempuan-perempuan sundal, ayah menyembelih anak lembu yang tambun untuknya!”
31 ‘Bapa itu berkata kepadanya, “Anakku, engkau ini sentiasa bersama ayah, dan segala milik ayah ialah milikmu. 32 Kita patut bersuka ria kerana adikmu ini telah mati dan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemui kembali.” ’
<- Lukas 14Lukas 16 ->