2 Isa berkata kepada mereka, ‘Apabila kamu berdoa, katakanlah:
7 ‘Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, “Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.” ’ 8 Isa berkata, ‘Aku berkata kepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangun memberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sahabatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikan pinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalau kamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya.
9 ‘Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah supaya kamu akan diberi; carilah supaya kamu akan mendapat; ketuklah pintu supaya pintu akan dibuka untukmu. 10 Kerana setiap orang yang meminta akan menerima; yang mencari akan mendapat; dan pintu akan dibuka kepada orang yang mengetuknya.
11 ‘Bapa yang manakah di antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, 12 atau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur? 13 Jika kamu yang jahat tahu memberikan barang yang baik kepada anak-anakmu, apatah lagi Bapamu yang di syurga akan memberikan Roh Suci kepada orang yang meminta-Nya!’
17 Isa mengetahui fikiran mereka lalu berkata kepada mereka, ‘Setiap negara yang berbelah bahagi dan bermusuhan sesama rakyatnya tidak akan tahan lama dan setiap keluarga yang bersengketa sesama sendiri akan hancur. 18 Jikalau kerajaan Iblis berlawan-lawanan sesama sendiri, bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? Kamu berkata bahawa Aku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul. 19 Tetapi jikalau Aku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul, maka dengan kuasa siapakah pula pengikut-pengikutmu mengusir roh-roh iblis? Maka pengikut-pengikutmu sendiri akan menghakimi kamu! 20 Tetapi jika Aku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Allah, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan Allah telah datang kepada kamu.
21 ‘Apabila seorang yang gagah dan bersenjata lengkap mengawal rumahnya, harta bendanya selamat; 22 tetapi apabila seorang yang lebih gagah menyerang dan mengalahkannya, yang lebih gagah itu akan merampas segala senjata yang diperlukan oleh tuan rumah itu lalu membahagikan harta yang dirampasnya.
23 ‘Orang yang tidak berpihak kepada Aku menentang Aku; dan orang yang tidak bersama Aku bercerai-berai.
28 Tetapi Isa berkata, ‘Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.’
39 Oleh itu Junjungan berkata kepadanya, ‘Kamu orang Farisi mencuci bahagian luar pinggan mangkuk, tetapi kamu penuh dengan ketamakan dan kezaliman dalam hatimu. 40 Hai orang yang bodoh! Bukankah Dia yang menjadikan bahagian luar juga menjadikan bahagian dalam? 41 Berikanlah makanan yang ada di dalam pinggan mangkuk itu kepada orang miskin dan segala-galanya akan menjadi bersih bagimu.
42 ‘Malangnya kamu, orang Farisi! Kamu membayar sepersepuluh daripada selasih, inggu dan herba lain kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilan dan kasih kepada Allah. Kamu haruslah membayar sepersepuluh itu tanpa mengabaikan perkara-perkara yang lebih penting.
43 ‘Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk di kerusi khas di saumaah-saumaah dan diberi salam dengan hormatnya di pasar-pasar.
44 ‘Malangnya kamu! Kamu umpama kubur-kubur yang tidak bernisan, yang dipijak-pijak tanpa disedari oleh orang yang berjalan di atasnya.’
45 Seorang daripada guru Taurat berkata kepada Isa, ‘Guru menghina kami juga apabila Guru berkata sedemikian.’
46 Isa berkata, ‘Malangnya kamu guru-guru Taurat, kerana kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, tetapi kamu sendiri tidak menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu.
47 ‘Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyangmu. 48 Oleh itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyangmu itu; kerana mereka telah membunuh nabi-nabi itu tetapi kamu membina makam mereka pula. 49 Dengan itu, kebijaksanaan Allah telah mengatakan, “Aku mengutus nabi-nabi dan rasul-rasul kepada mereka, yang sesetengahnya akan dibunuh atau dianiayai oleh mereka.” 50 Jadi, orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi sejak dunia dicipta, 51 iaitu, dari pembunuhan Habil hingga pembunuhan Zekaria di antara tempat persembahan korban dengan rumah ibadat. Ya, Aku berkata kepadamu bahawa orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi itu.
52 ‘Malangnya kamu, ahli-ahli Taurat! Kunci ilmu telah kamu ambil; kamu sendiri tidak mahu masuk tetapi kamu menghalang orang yang cuba hendak masuk.’
53 Setelah Isa keluar dari rumah itu, guru-guru Taurat dan orang Farisi mula mengecam Dia. Mereka menanya-Nya tentang banyak perkara, 54 dan cuba memerangkap Dia dengan mencari kesalahan dalam sesuatu yang dikatakan-Nya.
<- Lukas 10Lukas 12 ->