3 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah.’
4 Nikodemus bertanya, ‘Bagaimana seorang dewasa mungkin dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan sekali lagi!’
5 Isa menjawab, ‘Apa yang Kukatakan ini benar. Tidak mungkin seseorang masuk ke dalam kerajaan Allah kecuali dia dilahirkan daripada air dan Roh Suci. 6 Yang dilahirkan manusia adalah manusia, dan yang dilahirkan Roh adalah roh. 7 Janganlah hairan akan kata-kata-Ku bahawa kamu semua perlu dilahirkan semula. 8 Angin bertiup semahunya. Kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana datangnya dan ke mana perginya. Demikianlah juga dengan orang yang dilahirkan oleh Roh Suci.’
9 Nikodemus bertanya, ‘Bagaimana hal itu boleh berlaku?’
10 Isa menjawab, ‘Kamu pengajar bangsa Israel dan kamu tidak mengetahui hal ini? 11 Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, apa yang kami ketahui, itulah yang kami katakan, dan apa yang telah kami lihat, itulah yang kami saksikan, tetapi kamu tidak mahu menerimanya. 12 Jika kamu tidak percaya ketika Aku bercakap tentang hal-hal dunia, bagaimana mungkin kamu percaya sekiranya Aku bercakap tentang hal-hal syurga? 13 Tiada seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Putera Insan yang turun dari syurga. 14 Sebagaimana ular diangkat oleh Musa di gurun, begitulah Putera Insan akan diangkat 15 supaya semua yang percaya kepada-Nya mendapat hidup yang kekal.
16 ‘Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal supaya orang yang percaya kepada Putera itu tidak binasa tetapi mendapat hidup kekal. 17 Allah mengutus Putera-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan. 18 Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukuman. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya sudahpun dijatuhi hukuman, kerana dia tidak percaya dalam nama Putera Allah yang tunggal. 19 Penghakiman berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih suka akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat. 20 Orang yang berbuat jahat benci akan cahaya dan tidak mahu mendekatinya kerana takut perbuatan jahatnya terdedah. 21 Tetapi orang yang berbuat benar merapati cahaya, supaya jelas bahawa perbuatannya dilakukan melalui Allah.’
27 Yahya menjawab, ‘Seseorang tidak mungkin menerima sesuatu kecuali diberi kepadanya dari syurga. 28 Kamu semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, “Aku bukanlah al-Masih, tetapi aku diutus sebelum-Nya.” 29 Yang mendapatkan pengantin perempuan adalah pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang sempurnalah kebahagiaanku. 30 Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil.
31 ‘Dia yang datang dari atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari dunia datang dari dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang datang dari syurga adalah di atas segala-galanya, 32 Dia menyampaikan apa yang dilihat dan didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya. 33 Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar. 34 Dia yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan-Nya Roh Suci sepenuhnya. 35 Bapa kasih akan Putera-Nya dan telah meletakkan segala-galanya di bawah kuasa Putera-Nya. 36 Sesiapa yang percaya kepada Putera itu mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang tidak taat kepada-Nya tidak akan mendapat hidup yang kekal itu dan kemurkaan Allah kekal ke atasnya.’
<- Yahya 2Yahya 4 ->