2 Yudas, yang mengkhianati Isa, mengetahui tempat itu juga kerana Isa kerap ke situ dengan para pengikut-Nya. 3 Dengan demikian, Yudas pergi ke situ membawa sepasukan askar dan sebilangan pegawai, ketua imam serta orang Farisi. Mereka membawa senjata, lentera, dan suluh.
4 Isa mengetahui segala yang akan terjadi ke atas-Nya. Dia pun mendekati mereka lalu bertanya, ‘Siapakah yang kamu cari?’
5 Mereka menjawab, ‘Isa orang Nasaret.’
7 Isa bertanya lagi kepada mereka, ‘Siapakah yang kamu cari?’
8 Isa berkata, ‘Aku sudah berkata bahawa Akulah Dia. Kalau Aku yang kamu cari, biarkanlah mereka ini pergi.’ 9 (Dengan demikian berlakulah apa yang pernah dikatakan-Nya, ‘Tidak seorang pun yang Kauserahkan pada-Ku sesat.’)
10 Simon Petrus yang memiliki sebilah pedang menghunusnya lalu menetak telinga kanan hamba imam besar itu sehingga putus. Nama hamba itu Malkus.
11 Isa berkata kepada Petrus, ‘Sarungkan semula pedangmu! Bukankah Aku mesti minum dari cawan penderitaan yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa?’
15 Simon Petrus dan seorang pengikut lain ikut serta apabila Isa dibawa pergi. Oleh sebab pengikut lain ini dikenali oleh imam besar, dia masuk bersama Isa ke halaman rumah imam besar. 16 Petrus menanti di luar, di hadapan pintu. Sejurus kemudian, pengikut lain itu keluar semula, bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk.
17 Kemudian hamba perempuan itu berkata kepada Petrus, ‘Bukankah kamu seorang daripada pengikut orang itu?’
18 Hamba dan pegawai berdiri di situ setelah menyalakan api kerana pada masa itu hawa sejuk. Mereka sedang berdiang di situ. Petrus pun berdiri disitu dan berdiang bersama mereka.
19 Imam besar menyoal Isa tentang pengikut-pengikut-Nya dan ajaran-Nya.
20 Isa menjawab, ‘Aku sentiasa bercakap terang-terangan di hadapan orang ramai. Aku sering mengajar di saumaah dan di rumah ibadat, tempat semua orang Yahudi berhimpun. Tidak pernah Kukatakan apa-apa secara rahsia. 21 Mengapakah kamu menyoal-Ku? Tanyalah mereka yang pernah mendengar apa yang Kukatakan kepada mereka. Mereka tahu apa yang Kukatakan itu.’
22 Seorang pegawai di situ menampar Isa sambil berkata, ‘Begitukah kamu bercakap kepada seorang imam besar?’
23 Isa berkata kepadanya, ‘Sekiranya yang Kukatakan itu salah, tunjukkanlah kepada semua orang di sini apa kesalahan itu. Tetapi kalau kata-kata-Ku benar, mengapa kamu menampar-Ku?’ 24 Selepas itu Hanas menyuruh orang membawa Isa yang masih dalam keadaan terikat ke hadapan Imam Besar Kayafas.
26 Seorang daripada hamba imam besar ada di situ. Dia saudara kepada hamba yang ditetak putus telinganya oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, ‘Bukankah kamu yang kulihat di taman itu bersama-Nya?’ 27 Petrus menyangkal-Nya lagi, dan sejurus selepas itu ayam berkokok.
30 Mereka menjawab, ‘Jika orang ini tidak melakukan perbuatan jahat, sudah tentu kami tidak akan membawa-Nya ke hadapanmu.’
31 Kemudian Pilatus berkata kepada mereka, ‘Ambillah Dia, adili mengikut undang-undangmu.’
33 Selepas itu Pilatus masuk semula ke istana dan memanggil Isa lalu bertanya, ‘Adakah kamu Raja orang Yahudi?’
34 Isa menjawab, ‘Adakah kata-kata ini daripada dirimu sendiri, atau adakah orang lain mengatakannya kepadamu tentang diri-Ku?’
35 Pilatus menjawab, ‘Adakah aku seorang Yahudi? Bangsa-Mu sendiri dan ketua-ketua imam telah membawa-Mu kepadaku. Apakah yang telah Kaulakukan?’
36 Isa menjawab, ‘Kerajaan-Ku bukanlah daripada dunia ini. Kiranya kerajaan-Ku dari dunia ini, tentulah para pengikut-Ku berjuang mempertahan-Ku daripada diserahkan kepada orang Yahudi. Tetapi kerajaan-Ku bukanlah dari sini.’
37 Dengan demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, ‘Jadi, adakah kamu seorang raja?’ Isa menjawab, ‘Betul katamu. Aku seorang raja. Aku dilahirkan ke dunia untuk memberi kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.’
38 Pilatus berkata kepada-Nya, ‘Apakah itu kebenaran?’ Kemudian dia keluar mendapatkan orang Yahudi lalu berkata, ‘Aku mendapatinya tidak bersalah sama sekali. 39 Tetapi kamu ada satu adat, iaitu aku harus membebaskan seorang daripada bangsamu pada perayaan Paska. Mahukah kamu kubebaskan Raja orang Yahudi?’
40 Mereka semua berteriak lagi, ‘Jangan bebaskan orang itu. Bebaskan Barabas.’ Barabas itu seorang perompak.
<- Yahya 17Yahya 19 ->