4 Sekarang fikirkanlah betapa besarnya orang itu, hinggakan moyang kita Ibrahim menyerahkan kepadanya sepersepuluh daripada rampasan perangnya. 5 Keturunan Lewi yang menerima jawatan imam dikehendaki memungut sepersepuluh hasil daripada kaum itu menurut hukum Taurat, iaitu daripada saudara-saudara mereka, walaupun dari benih Ibrahim. 6 Tetapi seorang yang bukan daripada keturunan mereka telah menerima bayaran sepersepuluh hasil daripada Ibrahim dan telah memberkati Ibrahim, penerima janji-janji Allah. 7 Tidak boleh dinafikan bahawa orang yang lebih rendah kedudukannya diberkati oleh orang yang lebih tinggi. 8 Di sini manusia biasa yang akan mati menerima bayaran sepersepuluh hasil, tetapi di sana dia menerimanya, yang telah disaksikan hidup berterusan. 9 Lewi yang menerima bayaran sepersepuluh hasil pun boleh dikatakan membayarnya melalui Ibrahim, 10 kerana dia masih dalam sulbi moyangnya apabila Melkisedek berjumpa dengannya.
20 Dan semua ini tidaklah dilakukan tanpa sumpah. 21 Imam-imam lain telah diangkat tanpa sumpah, tetapi Isa al-Masih telah menjadi imam dengan sumpah daripada Allah yang berfirman kepada-Nya:
23 Ramai yang telah menjadi imam itu, kerana kematian menghalang mereka daripada berterusan dalam jawatan. 24 Tetapi Isa, kerana Dia berterusan selama-lamanya, mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah. 25 Oleh itu Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka.
26 Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; 27 Imam Besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya. 28 Hukum melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi Imam Besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Putera yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.
<- Ibrani 6Ibrani 8 ->