4 Hendaklah perkahwinan dianggap mulia oleh semua, dan tempat tidur dijaga supaya tidak tercemar kerana Allah akan menghukum penzina baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin dan mengkhianati pasangannya. 5 Jaga kelakuanmu supaya jangan mengejar kebendaan; kamu harus merasa cukup dengan apa yang ada padamu. Dia Sendiri telah berjanji:
7 Ingatlah mereka yang menjadi ketuamu yang telah menyampaikan firman Allah kepadamu. Teladani iman mereka, perhatikan hasil jalan hidup mereka. 8 Isa al-Masih tetap sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya.
9 Jangan terikut-ikut pelbagai ajaran yang berlainan daripada ajaran yang benar. Tetapkan hati dengan kasih kurnia Allah, bukan dengan makanan yang tidak menguntungkan mereka yang asyik dengannya. 10 Kita mempunyai tempat persembahan di mana orang yang menjalankan ibadat khemah tidak berhak makan sesuatu daripadanya.
11 Bangkai semua binatang, yang darahnya dibawa masuk ke tempat suci oleh Imam Besar untuk menebus dosa, dibakar di luar perkhemahan. 12 Oleh itu Isa juga, untuk menyucikan umat manusia dengan darah-Nya sendiri, menderita di luar pintu gerbang. 13 Dengan demikian marilah kita pergi mendapatkan-Nya, di luar perkhemahan, dan menanggung celaan yang dideritai-Nya. 14 Di sini kita tidak ada kota kekal, tetapi kita berusaha mendapatkan kota yang akan datang.
17 Taati ketua-ketuamu, dan hendaklah kamu bersikap patuh, kerana mereka mengawasi keselamatan rohanimu, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan kelak atas perlakuanmu. Pastikanlah bahawa mereka melakukannya dengan sukacita, bukan dengan dukacita kerana itu tidak akan membawa keuntungan kepadamu.
18 Doakanlah kami; kerana kami yakin hati nurani kami bersih, ingin hidup bermaruah dalam segala hal. 19 Tetapi aku terutamanya mendesakmu berbuat demikian, supaya aku dikembalikan ke kalanganmu lebih awal.
22 Aku merayu kepadamu, saudara-saudara, dengarlah nasihatku ini dengan sabar, kerana aku menulis ringkas sahaja kepadamu.
23 Ketahuilah bahawa saudara kita Timotius telah dibebaskan. Aku akan menemui kamu bersamanya jika dia datang segera.
24 Sampaikan salamku kepada semua ketuamu dan saudara seiman kita. Saudara-saudara dari Itali berkirim salam kepadamu.
25 Semoga kasih kurnia Allah menyertai kamu sekalian. Amin.
<- Ibrani 12