6 Orang yang diajari firman hendaklah berkongsi segala yang baik dengan pengajarnya.
7 Janganlah tertipu: Allah tidak dapat dipermainkan, kerana apa yang disemai oleh seseorang, itulah yang akan dituainya. 8 Orang yang menyemai bagi hawa nafsu dunia akan menuai kebinasaan daripadanya; manakala orang yang menyemai bagi Roh akan menuai hidup yang kekal. 9 Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa. 10 Oleh itu, apabila ada peluang, kita haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita yang seiman.
12 Mereka yang ingin menunjukkan diri baik dalam hal dunia, merekalah yang ingin memaksa kamu bersunat, semata-mata untuk mengelakkan diri mereka dianiaya kerana salib al-Masih. 13 Orang yang bersunat itu pun tidak memegang hukum Taurat, tetapi mereka mahu kamu disunatkan supaya mereka dapat bermegah dengan keadaan jasmanimu. 14 Tetapi aku sekali-kali tidak mahu bermegah dengan apapun kecuali salib Junjungan kita Isa al-Masih yang melalui-Nya dunia telah disalib kepadaku dan aku juga kepada dunia. 15 Ini kerana sama ada bersunat ataupun tidak tiada ertinya; menjadi satu ciptaan baru, itulah yang penting. 16 Bagi mereka yang hidup menurut hukum ini, sejahtera dan belas kasihan di atas mereka, dan di atas Israel Allah.
17 Akhir kata, janganlah sesiapa menyusahkan aku, kerana pada tubuhku ada parut-parut Isa.
18 Saudara-saudara, semoga kasih kurnia Junjungan kita Isa al-Masih menyertaimu. Amin.
<- Galatia 5