Galatia
1 Daripada Paulus, seorang rasul – bukan daripada manusia atau melalui manusia, tetapi melalui Isa al-Masih dan Allah Bapa, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian – 2 dan daripada semua saudara yang bersamaku,
10 Adakah aku hendak membuktikan diri kepada manusia atau kepada Allah? Adakah aku berusaha mendapatkan keredaan manusia atau keredaan Allah? Jika aku masih cuba mendapatkan keredaan manusia, aku bukanlah hamba al-Masih.
13 Kamu telah mendengar tentang kelakuanku dulu ketika dalam agama Yahudi, betapa aku telah menganiaya jemaah Allah habis-habisan dan cuba membinasakannya. 14 Aku jauh lebih maju dalam agama Yahudi daripada orang sebayaku di kalangan bangsaku, kerana aku teramat kuat berpegang kepada segala adat nenek moyangku. 15 Tetapi apabila Allah, yang telah mengasingkanku daripada rahim ibuku dan memanggilku, melalui kasih kurnia-Nya 16 untuk menyatakan Putera-Nya dalamku, berkenan agar aku mengajar tentang-Nya di kalangan bangsa lain, aku tidaklah bermesyuarat dengan sesama manusia. 17 Aku tidak juga pergi ke Baitulmaqdis untuk menemui mereka yang telah menjadi rasul terdahulu daripadaku, tetapi aku ke tanah Arab, lalu pulang semula ke Damsyik.
18 Tiga tahun kemudian, aku ke Baitulmaqdis bertemu dengan Petrus lalu tinggal dengannya lima belas hari. 19 Tetapi aku tidak melihat para rasul yang lain – kecuali Yakobus, saudara Junjungan. 20 Sesungguhnya, di hadapan Allah, perkara-perkara yang kutuliskan kepadamu ini benar, aku tidak berbohong. 21 Selepas itu aku pergi ke rantau Siria dan Kilikia. 22 Mukaku masih belum dikenali oleh jemaah di tanah Yudea yang mempercayai al-Masih. 23 Mereka hanya mendengar: ‘Orang yang dulu menganiaya kita sekarang mengajarkan iman yang hendak dibinasakannya dulu.’ 24 Lalu mereka memuji Allah keranaku.
Galatia 2 ->