14 Kerana Dia sendiri adalah perdamaian kita, Dia menyatukan kedua-dua pihak dan meruntuhkan dinding pemisah, iaitu perseteruan. 15 Dia menghapuskan dengan tubuh-Nya perseteruan itu, iaitu Taurat dengan hukum-hukum yang diperintahkan di dalamnya, untuk mencipta dalam diri-Nya seorang yang baru daripada dua, dan mengadakan perdamaian demikian, 16 serta untuk mendamaikan kedua-duanya dengan Allah dalam satu tubuh melalui salib, dengan itu mematikan perseteruan itu. 17 Dan Dia datang membawa ajaran perdamaian kepada kamu yang jauh dan kepada mereka yang dekat. 18 Kerana melalui-Nya kita, kedua-dua pihak, dapat menghampiri Allah Bapa dengan satu Roh.
19 Oleh itu, sekarang, kamu bukan lagi orang asing dan pendatang, tetapi sesama warganegara dengan orang yang salih dan ahli-ahli keluarga Allah, 20 yang telah dibina atas asas para rasul dan para nabi, dengan Isa al-Masih sendiri sebagai batu penjuru utama. 21 Dalam al-Masih seluruh bangunan itu disatukan lalu menjadi tempat ibadat suci dalam Tuhan, 22 maka dalam-Nya kamu pun dibina bersama menjadi tempat kediaman Allah dalam Roh.
<- Efesus 1Efesus 3 ->