5 Pada esoknya, para pemimpin masyarakat Yahudi, tua-tua dan guru-guru Taurat berhimpun di Baitulmaqdis, 6 dan juga imam besar Hanas, Kayafas, Yahya, Iskandar dan seluruh keluarga imam besar. 7 Mereka membawa Petrus dan Yahya untuk dihadapkan kepada mereka. Kemudian mereka pun bertanya, ‘Dengan kuasa apa dan dengan nama siapakah kamu telah melakukan perkara itu?’
8 Petrus yang dipenuhi Roh Suci berkata kepada mereka, ‘Para pemimpin masyarakat Israel! 9 Sekiranya hari ini kami dihakimi atas perbuatan baik kepada seorang yang lumpuh, sehingga dia dipulihkan, 10 maka ketahuilah kamu sekalian dan seluruh bangsa Israel, bahawa dengan nama Isa al-Masih dari Nasaret, yang telah kamu salib dan telah dibangkitkan Allah daripada kematian, dengan nama Dialah orang ini berdiri di sini di hadapanmu dalam keadaan sihat sempurna. 11 Inilah
13 Apabila mereka melihat keberanian Petrus dan Yahya sedangkan kedua-duanya ternyata orang yang tidak berpelajaran serta tidak terlatih, mereka pun hairan. Mereka sedar bahawa kedua-duanya telah bersama dengan Isa. 14 Apabila mereka melihat orang yang sudah disembuhkan itu berdiri di sisi kedua-duanya, mereka tidaklah dapat menyangkal lagi. 15 Tetapi setelah mereka menyuruh kedua-duanya keluar dari majlis itu, mereka pun bermesyuarat sesama sendiri, 16 ‘Apakah yang akan kita lakukan kepada mereka itu? Sesungguhnya sudah nyata kepada semua orang Baitulmaqdis bahawa satu mukjizat yang mengagumkan telah dilakukan melalui mereka, dan kita tidak dapat menafikannya. 17 Tetapi supaya berita ini tidak tersebar lebih luas di kalangan bangsa kita, eloklah kita melarang mereka berkata-kata lagi kepada sesiapapun dengan menggunakan nama itu.’
18 Dengan demikian mereka pun memanggil kedua-duanya itu dan mengeluarkan perintah jangan sekali-kali bercakap atau mengajar dengan nama Isa. 19 Tetapi Petrus dan Yahya menjawab, ‘Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah, 20 kerana kami mesti bercakap tentang segala yang telah kami lihat dan dengar itu.’
21 Setelah membuat beberapa ugutan lagi, mereka melepaskan kedua-dua rasul itu kerana tidak tahu bagaimana hendak menghukum mereka, memandangkan seluruh masyarakat memuji Allah atas apa yang telah dilakukan itu; 22 padahal orang yang disembuhkan melalui mukjizat itu sudah berumur lebih daripada empat puluh tahun.
31 Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpun itu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Suci dan mengucap firman Allah dengan berani.
36 Yusuf yang digelar para rasul Barnabas (yang diterjemahkan sebagai Anak Pendorong), orang Lewi dari Kuprus, 37 ada mempunyai tanah. Dia menjualnya lalu membawa wang jualan itu, dan meletakkannya di kaki para rasul.
<- Kisah Para Rasul 3Kisah Para Rasul 5 ->