6 Kemudian Petrus berkata, ‘Emas perak tiada padaku, tetapi apa yang ada padaku kuberikan kepadamu: Dalam nama Isa al-Masih, orang Nasaret, bangkit dan berjalanlah.’ 7 Petrus memegang tangan kanannya dan menolongnya berdiri, lalu serta-merta tulang kaki dan buku lalinya mendapat kekuatan. 8 Orang itu melompat bangun, berdiri lalu berjalan. Kemudian dia masuk ke rumah ibadat itu mengikut Petrus dan Yahya sambil berjalan, melompat dan memuji Allah. 9 Semua orang melihatnya berjalan sambil memuji Allah. 10 Ketika itu mereka pun mengetahui dia itu orang yang duduk meminta sedekah di Pintu Indah rumah ibadat itu. Mereka pun dipenuhi rasa hairan dan ajaib akan apa yang telah berlaku kepadanya.
17 ‘Namun, saudara-saudara, aku tahu bahawa kamu berbuat demikian dalam kejahilan, begitu juga para pemimpinmu. 18 Tetapi dengan cara demikianlah segala yang dinyatakan Allah melalui lidah nabi-nabi-Nya, bahawa al-Masih akan menderita, telah ditunaikan-Nya. 19 Oleh itu bertaubatlah dan berpalinglah kepada Allah, supaya dosa-dosamu dihapuskan, dan supaya masa yang memberikan kesegaran datang kelak daripada Tuhan. 20 Dan juga supaya Dia menghantar Isa al-Masih yang telah ditentukan-Nya menjadi al-Masih bagimu. 21 Al-Masih mesti tetap di syurga hingga sampai masa Allah memulihkan segala-galanya, seperti yang difirmankan-Nya dahulu kala melalui lidah nabi-nabi-Nya yang suci. 22 Musa sesungguhnya telah berkata kepada nenek moyang kita, “Allah Tuhanmu akan membangkitkan untukmu seorang Nabi sepertiku dari kalangan saudara-saudaramu. Dengarlah segala kata-Nya kepadamu dalam semua hal. 23 Setiap jiwa yang tidak mendengar kata Nabi itu akan dibinasakan sama sekali dari kalangan kaumnya.”
24 ‘Ya, semua nabi, dari Samuel dan selepasnya, semua yang telah bersuara, juga telah bernubuat tentang zaman ini. 25 Kamu adalah anak cucu nabi-nabi itu, dan waris perjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita melalui firman-Nya kepada Ibrahim, “Melalui benihmu semua kaum di dunia akan diberkati.” 26 Pertama sekali kepada kamu, Allah telah membangkitkan Hamba-Nya Isa dan menghantar-Nya untuk memberkatimu dengan memalingkan kamu sekalian daripada kejahatanmu.’
<- Kisah Para Rasul 2Kisah Para Rasul 4 ->