2 Setelah mereka mendengar Paulus bertutur dalam bahasa Ibrani, mereka terus senyap.
6 ‘Dalam perjalanan, ketika hampir sampai di Damsyik, sekitar tengah hari, tiba-tiba suatu cahaya yang besar bersinar dari langit mengelilingiku. 7 Aku rebah ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadaku, “Saul, Saul, mengapa engkau aniayakan Aku?”
8 ‘Aku berkata, “Siapakah Engkau, Tuan?”
10 ‘Aku berkata, “Tuan, apakah yang harus kulakukan?”
12 ‘Ada seorang bernama Ananias yang kuat beribadat menurut hukum Taurat. Dia dipandang tinggi oleh orang Yahudi di Damsyik. 13 Dia datang berdiri di sisiku lalu berkata, “Saudaraku Saul, kamu dapat melihat semula!” Pada saat itu juga aku dapat melihat semula lalu memandangnya.
14 ‘Dia berkata, “Allah, Tuhan nenek moyang kita, telah menetapkan bahawa kamu akan mengetahui kehendak-Nya, dan melihat Isa serta mendengar suara-Nya. 15 Kamu akan menjadi saksi tentang-Nya kepada semua manusia, termasuk segala yang telah kamu lihat dan dengar itu. 16 Sekarang mengapa kamu berlengah-lengah lagi? Bangunlah untuk diimadkan dan minta dihapuskan segala dosamu sambil menyeru nama-Nya.”
17 ‘Setelah aku pulang ke Baitulmaqdis, sedang aku berdoa di rumah ibadat, aku terlalai 18 lalu melihat Dia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, “Segeralah keluar dari Baitulmaqdis, kerana mereka tidak akan menerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.”
19 ‘Aku berkata, “Ya Junjungan, mereka tahu bahawa aku pernah memenjarakan dan memukul orang yang mempercayai-Mu dalam semua saumaah; 20 dan apabila darah Stefanus saksi-Mu itu ditumpahkan, aku turut berdiri berdekatan dan menyetujui pembunuhan itu, serta menjaga pakaian orang yang membunuhnya.”
21 ‘Kata-Nya kepadaku, “Keluarlah dari sini, kerana Aku hendak mengutusmu jauh-jauh kepada orang bangsa asing.” ’
23 Mereka berteriak-teriak sambil mengebas-ngebas pakaian sehingga debu berterbangan. 24 Ketua pasukan tentera itu menyuruh orangnya membawa Paulus ke dalam kubu. Dia mengarahkan mereka menyebat dan menyoalnya untuk mengetahui mengapa orang ramai berseru-seru demikian tentangnya. 25 Paulus diikat dengan tali kulit lalu dia berkata kepada ketua tentera yang berdiri di situ, ‘Jikalau seorang warganegara Rom belum diadili dan didapati bersalah, berkuasakah kamu menyebatnya?’
26 Apabila ketua tentera itu mendengar kata-kata Paulus, dia pergi memberitahu ketuanya tentang perkara itu. Katanya, ‘Apa kamu hendak buat? Orang ini warganegara Rom.’
27 Ketua pasukan tentera itu mendapatkan Paulus lalu berkata, ‘Katakanlah kepadaku, adakah engkau ini warganegara Rom?’
28 Ketua pasukan tentera itu berkata, ‘Aku dapat menjadi warganegara dengan bayaran yang tinggi.’
29 Semua orang yang hendak menyoalnya itu berundur, dan ketua pasukan tentera itu ketakutan kerana telah mengikat warganegara Rom.