5 Tetapi orang Yahudi berasa dengki lalu mengumpulkan orang jahat dan memulakan huru-hara di kota itu; mereka menyerang rumah Yason untuk membawa keluar rasul-rasul itu menghadap orang ramai. 6 Apabila mereka tidak menemui Paulus dan Silas, mereka menyeret Yason dan beberapa orang lagi pengikut Isa ke hadapan pegawai-pegawai yang berkuasa sambil berseru, ‘Orang ini telah menimbulkan kekacauan di merata-rata dan sekarang mereka datang pula ke sini 7 lalu dialu-alukan oleh Yason ke rumahnya. Mereka ini melanggar undang-undang Kaisar Rom dengan mengatakan ada orang lain yang menjadi raja, bernama Isa.’ 8 Apabila orang ramai dan pegawai kerajaan mendengar kata-kata itu, mereka pun gempar. 9 Mereka menerima ikat jamin untuk Yason dan yang lain lalu membenarkan mereka pergi.
13 Akan tetapi apabila orang Yahudi di Tesalonika mendapat tahu bahawa Paulus menyebarkan firman Allah di Beria juga, mereka pergi menghasut dan mengapi-apikan orang di situ supaya merusuh. 14 Para pengikut Isa di Beria segera menyuruh hantar Paulus ke pantai manakala Silas dan Timotius masih di Beria. 15 Orang yang menghantar Paulus itu membawanya hingga ke Atena; setelah menerima pesan Paulus menyuruh Silas dan Timotius segera menyertainya, orang itu pun pulang ke Beria.
22 Paulus berdiri di tengah Areopagus itu lalu berkata, ‘Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semua hal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan. 23 Sedang aku berjalan-jalan sambil memerhatikan apa yang saudara-saudara sembah, di suatu tempat aku dapati suatu tempat korban yang ditulis begini: “Kepada Tuhan yang tidak diketahui.” Tuhan yang saudara-saudara sembah tanpa mengetahui-Nya itulah yang hendak aku nyatakan kepada saudara-saudara.
24 ‘Allah yang menjadikan dunia dengan segala isinya serta memerintah langit dan bumi tidak tinggal di tempat sembahyang buatan manusia, 25 dan tidak dilayani oleh manusia kerana Dia tidak kekurangan apa-apa. Malah Dialah yang memberi manusia hidup dan nafas serta segala-galanya. 26 Daripada seorang manusia Dia menjadikan semua bangsa manusia yang menduduki seluruh muka bumi; Dia juga menetapkan masa dan tempat mereka hidup. 27 Masing-masing diharap mencari Tuhan, mudah-mudahan mereka menemui-Nya. Dia tidaklah jauh daripada kita. 28 “Kerana-Nya kita bergerak serta ada di dunia ini.” Sebagaimana kata penyair bangsamu, “Kita adalah anak-Nya.”
29 ‘Oleh sebab kita anak-Nya, tidak patut kita sangka Dia serupa dengan emas, perak atau batu yang diukir dengan kepandaian dan akal manusia. 30 Allah membiarkan manusia melalui zaman kejahilan itu; tetapi sekarang Dia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat; 31 kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hari seisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorang yang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepada semua manusia dengan membangkitkan-Nya daripada kematian.’
32 Apabila mendengar ‘membangkitkan-Nya daripada kematian’, ada yang mengejek-ejek; tetapi ada yang berkata, ‘Kami mahu mendengar lagi kamu bercakap tentang perkara itu.’ 33 Selepas itu Paulus keluar daripada perhimpunan itu. 34 Namun, ada beberapa orang yang menjadi pengikut Paulus dan percaya akan kata-katanya; di antaranya ialah Dionisius anggota Areopagus, dan seorang wanita bernama Damaris, serta beberapa orang lagi.
<- Kisah Para Rasul 16Kisah Para Rasul 18 ->