5 Ingatkah kamu ketika aku masih bersamamu dahulu, aku telah memberitahumu segala ini? 6 Kini kamu tahu apa yang menahannya sekarang, iaitu manusia itu akan tampil pada waktu yang telah ditentukan baginya. 7 Kuasa rahsia keleluasaan sudahpun mula bertindak. Hanya yang menahannya sekarang akan terus berbuat demikian sehingga disingkirkan. 8 Kemudian manusia leluasa itu akan ternyata dan Junjungan Isa akan membunuhnya dengan hembusan nafas dari mulut-Nya dan membinasakannya dengan sinar gemilang kedatangan-Nya. 9 Datangnya manusia leluasa itu adalah hasil usaha Iblis, dengan membawa kuasa, alamat dan keajaiban palsu, 10 serta tipu helah durjana untuk menyesatkan orang yang binasa kerana mereka enggan menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka. 11 Oleh yang demikian Allah menghantar pengaruh yang akan menyesatkan mereka sehingga mereka mempercayai apa yang tidak benar. 12 Dengan itu semua yang tidak mempercayai apa yang benar dan gembira melakukan perkara yang salah akan dihukum.
16 Semoga Junjungan kita Isa al-Masih sendiri dan Allah Bapa kita, yang mengasihi kita dan menetapkan hati serta meneguhkan harapan kita selama-lamanya dengan kasih kurnia-Nya, 17 memberimu perangsang dan kekuatan untuk berbuat dan mengatakan yang baik.
<- 2 Tesalonika 12 Tesalonika 3 ->