2 Yahya
1 Daripadaku, seorang tua-tua,
7 Ramai penipu telah menjelajah ke seluruh dunia. Mereka itu tidak mengakui bahawa Isa al-Masih telah datang ke dunia sebagai manusia. Orang sedemikian adalah penipu dan dajal, penentang al-Masih. 8 Oleh yang demikian, berhati-hatilah supaya apa yang telah kami usahakan tidak lenyap begitu sahaja, melainkan kamu mendapat ganjaranmu sepenuhnya. 9 Sesiapa yang tidak mengikut ajaran al-Masih dan melanggarnya, maka Allah tidak ada dalam dirinya. Sesiapa yang mengikut ajaran itu maka Bapa dan Putera ada dalam dirinya. 10 Oleh itu, jika sesiapa datang menyebarkan ajaran selain ajaran al-Masih, janganlah alu-alukan dia ke dalam rumahmu. Janganlah berikan salam kepadanya. 11 Sesungguhnya, jika sesiapa memberi salam kepada orang sedemikian, berertilah dia bersubahat dengannya melakukan perbuatan yang durjana.
12 Ada banyak lagi yang ingin kusebutkan, namun lebih eloklah tidak melalui surat. Aku berharap akan bertemu dan berbincang denganmu agar kita benar-benar gembira.