1 Adakah kami memuji diri? Atau perlukah kami menunjukkan surat pujian kepadamu atau yang datang daripadamu, seperti dilakukan oleh sebilangan orang? 2 Kamulah surat pujian kami, yang tersurat di hati kami, dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang. 3 Kamu adalah surat kiriman al-Masih yang kami hantarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah yang hidup; bukan di loh batu tetapi di loh daging iaitu hati manusia.
4 Demikianlah keyakinan kami kepada Allah melalui al-Masih. 5 Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah. 6 Dialah yang telah menjadikan kami sanggup mengabdi diri kepada umat perjanjian baru yang tidak lagi berasaskan perintah-perintah tersurat tetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersurat itu membawa kematian sedangkan Roh membawa kehidupan.
12 Oleh sebab kami menaruh harapan demikian, maka kami lebih berani, 13 berbeza dengan Musa yang menutup wajahnya dengan selubung supaya bangsa Israel tidak dapat memandang kemuliaan yang beransur malap. 14 Fikiran mereka menjadi tumpul, kerana hingga hari ini, apabila mereka membaca Kitab-kitab Suci yang mengandungi perjanjian lama, selubung itu masih tetap menghalang pandangan mereka. Selubung tidak akan terbuka kecuali dalam al-Masih. 15 Malah hingga sekarang, ketika mereka membaca Kitab Suci yang disampaikan melalui Musa, selubung itu masih menutupi hati mereka. 16 Apabila hati mereka kembali kepada Tuhan, selubung itu akan disingkapkan. 17 Tuhan adalah Roh; dan di mana ada Roh Tuhan, di situlah ada kebebasan. 18 Kita semua melihat kemuliaan Tuhan tercermin dengan wajah yang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupa dengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar, oleh Roh Tuhan.
<- 2 Korintus 22 Korintus 4 ->