2 Korintus
8 Kami juga hendak memberitahumu, saudara-saudara, tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia Kecil. Beban kami sungguh berat, lebih daripada yang terdaya kami tanggung, sehingga kami putus asa untuk terus hidup. 9 Kami merasa bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun, itu telah berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. 10 Dialah yang telah melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami. 11 Kamu juga harus menolong kami dengan doa, sehingga ramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yang diberikan kepada kami kerana doa ramai orang.
15 Oleh sebab keyakinan itulah maka aku pernah berniat ke tempatmu lebih dahulu, supaya kamu mendapat berkat dua kali. 16 Niatku dahulu ialah singgah di tempatmu dalam perjalanan ke Makedonia, dan dari Makedonia datang ke tempatmu lagi untuk meminta kamu menolongku meneruskan perjalanan ke Yudea. 17 Jika aku merancang begitu, adakah ini menunjukkan aku tidak berpendirian tetap? Atau adakah aku merancang seperti orang duniawi, demikian mudah berkata ‘ya’ dan ‘tidak’ pada saat yang sama?
18 Demi Allah Yang Maha Setia, apa yang kami katakan kepadamu bukanlah ‘ya’ atau ‘tidak.’ 19 Ini kerana Isa al-Masih, Putera Allah yang telah disampaikan berita-Nya kepadamu oleh aku, Silwanus dan Timotius, bukanlah ‘ya’ dan ‘tidak,’ tetapi pada-Nya ada ‘ya’ semata-mata. 20 Isa adalah ‘ya’ bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut ‘Amin’ demi kemuliaan Allah. 21 Allah telah menentukan kami bersama kamu dalam al-Masih. Dia telah melantik kita, 22 menandakan kita dengan materai-Nya, dan mengurniakan Roh-Nya untuk masuk ke hati kita sebagai jaminan.
23 Aku berseru kepada Allah untuk menjadi Saksi bagiku, bahawa sebabnya aku belum juga ke Korintus ialah kerana kasihku kepadamu. 24 Kami bukanlah berhasrat memberikan perintah tentang apa yang harus kamu percayai; kamu sudah berdiri teguh dalam keyakinanmu. Kami mahu bekerja bersama kamu demi kebahagiaanmu.
2 Korintus 2 ->