8 Oleh itu aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.
9 Aku juga menyeru kaum perempuan supaya berpakaian serta menghias diri dengan sopan santun dan sederhana. Jangan berhias dengan jalinan rambut yang berlebihan atau dengan emas ataupun mutiara mahupun pakaian yang mahal-mahal. 10 Hiasi diri dengan perbuatan baik, yang sepatutnya bagi perempuan yang mengaku taat akan Allah.
11 Perempuan hendaklah belajar dengan senyap dan rendah hati. 12 Aku tidak membenarkan perempuan mengajar atau memerintah lelaki; dia harus berdiam diri 13 kerana Adam telah dicipta dahulu, kemudian barulah Hawa. 14 Dan bukan Adam yang terpedaya, tetapi perempuan itu yang terpedaya, lalu melakukan dosa. 15 Walaupun demikian, perempuan akan diselamatkan dengan melahirkan anak jika mereka tetap dalam iman, kasih, dan kesucian dengan penguasaan diri.
<- 1 Timotius 11 Timotius 3 ->