1 Timotius
1 Surat ini daripada Paulus, rasul Isa al-Masih, dengan perintah Allah Penyelamat kita dan Isa al-Masih, harapan kita,
2 Kepada Timotius, anak sejatiku dalam iman:
8 Tetapi kita tahu bahawa hukum adalah baik jika digunakan dengan betul. 9 Kita tahu bahawa hukum diadakan bukan untuk orang yang benar, tetapi untuk orang yang hidup berleluasa dan ingkar, untuk orang yang tidak taat akan Allah dan yang berbuat dosa, untuk orang yang tidak salih dan yang mengutamakan dunia, untuk pembunuh ibu bapa sendiri, serta untuk semua pembunuh. 10 Selain itu juga untuk penzina, untuk peliwat, untuk penculik, untuk pendusta, untuk saksi palsu, dan untuk orang yang melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran benar yang 11 berasaskan Injil mulia Allah Yang Terpuji. Injil inilah yang diamanahkan kepadaku untuk disampaikan.
15 Pernyataan ini benar dan harus diterima sepenuhnya: Isa al-Masih datang ke dunia untuk menyelamatkan orang yang berdosa – akulah orang yang paling berdosa. 16 Namun demikian, justeru itulah aku dikasihani, supaya Isa al-Masih dapat menunjukkan kesabaran-Nya yang tidak terhingga, sebagai contoh kepada orang yang akan beriman kepada-Nya untuk hidup kekal. 17 Penghormatan dan kemuliaan selama-lamanya kepada Raja yang kekal, yang baqa, yang tidak dapat dilihat, Allah Yang Maha Esa. Amin.
18 Perintah ini kuamanahkan kepadamu, anakku Timotius, menurut apa yang telah dinubuatkan tentangmu, supaya dengan mematuhinya, kamu akan perjuangkan perjuangan mulia ini, 19 sambil berpegang kepada iman dan hati nurani yang bersih. Ada yang membelakanginya lalu memusnahkan iman mereka. 20 Antaranya ialah Himeneus dan Iskandar, yang kuserahkan kepada Iblis supaya mereka insaf daripada mengkufuri Allah.
1 Timotius 2 ->