1 Tesalonika
1 Surat ini daripada Paulus, Silwanus dan Timotius,
4 Saudara-saudara yang dikasihi, kami tahu bahawa Allah telah memilihmu. 5 Kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Suci dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu. 6 Kamu mengikut teladan kami dan teladan Junjungan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Suci. 7 Oleh yang demikian kamu menjadi teladan kepada semua orang beriman di Makedonia dan Akhaya. 8 Firman Tuhan tersebar bukan sahaja di Makedonia dan Akhaya malah di serata tempat. Mereka telah mendengar tentang imanmu kepada Allah, maka kami tidak perlu berkata apa-apa lagi. 9 Mereka sendiri menceritakan bahawa kamu telah menyambut kami dengan baik apabila kami mengunjungimu dulu, bahawa kamu berpaling daripada menyembah berhala untuk menyembah Allah Yang Hidup dan Benar, 10 dan untuk menantikan kedatangan Putera-Nya dari syurga, yang telah dibangkitkan Allah daripada kematian – Isa yang akan menyelamatkan kita daripada kemurkaan yang akan datang.
1 Tesalonika 2 ->