10 Jika Timotius datang ke tempatmu, jangan biarkan dia berasa takut tinggal di kalanganmu, kerana dia juga melakukan pekerjaan untuk Tuhan, sama sepertiku. 11 Oleh itu jangan sesiapa memandang ringan kepadanya. Setiap orang hendaklah menolongnya, supaya dia dapat meneruskan perjalanan dengan sejahtera dan datang menemuiku, kerana aku dan beberapa orang saudara lain menunggu kedatangannya.
12 Tentang saudara kita Apolos, aku telah mendesaknya mengunjungimu bersama saudara-saudara yang lain, tetapi dia enggan pergi sekarang ini. Jika ada kesempatan, dia akan datang juga.
13 Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasa berani dan gigih. 14 Lakukan segala-galanya dalam kasih.
15 Saudara-saudaraku, ada satu permintaanku kepadamu. Kamu sedia maklum bahawa Stefanus sekeluarga merupakan hasil pertama pelayananku di Akhaya, dan mereka telah bertekad untuk mengabdikan diri kepada orang salih. 16 Aku meminta supaya kamu tunduk kepada orang yang demikian, dan kepada semua yang turut berusaha dengan kami. 17 Aku gembira bahawa Stefanas, Fortunatus dan Akhaikus telah datang, kerana apa-apa kekuranganku telah dilengkapkan oleh mereka. 18 Mereka telah menyenangkan hatiku dan hatimu. Oleh itu, hargailah orang yang demikian.
21 Aku juga menyampaikan salam yang kutulis dengan tanganku sendiri – Paulus.
22 Jika ada yang tidak mengasihi Junjungan, terkutuklah dia. Ya Tuhan, datanglah segera!
23 Kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih menyertaimu.
24 Kasihku menyertai kamu semua dalam Isa al-Masih. Amin.
<- 1 Korintus 15