3 Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa al-Masih telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 4 bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; 5 dan bahawa Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepada Kefas, kemudian kepada kedua-dua belas pengikut-Nya. 6 Selepas itu Dia memperlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebih daripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakan mereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggal dunia. 7 Seterusnya Dia memperlihatkan diri-Nya kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul-Nya. 8 Akhir sekali Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepadaku, yang seperti bayi yang dilahirkan sebelum masa; 9 kerana akulah yang paling rendah antara rasul-rasul, malah aku tidak layak disebut rasul, kerana aku telah menganiaya jemaah Allah. 10 Tetapi dengan kasih kurnia Allah, aku telah menjadi seperti diriku sekarang. Kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepadaku tidaklah sia-sia, kerana aku telah bekerja lebih keras daripada mereka semua; sesungguhnya bukan aku yang melakukannya, tetapi kasih kurnia Allah yang bersamaku. 11 Dengan demikian, baik aku mahupun mereka, begitulah yang kami khabarkan, dan begitulah yang kamu percaya.
20 Tetapi al-Masih memang telah dibangkitkan daripada kematian. Dialah yang pertama dari kalangan orang yang telah mati. 21 Oleh sebab satu orang, kematian berlaku; dan oleh sebab satu orang juga, kebangkitan orang mati berlaku; 22 kerana sebagaimana dalam Adam semua manusia mati, demikian juga dalam al-Masih semua manusia akan dihidupkan semula; 23 masing-masing mengikut aturannya: Pertama al-Masih, kemudian mereka yang telah menjadi milik-Nya, pada saat kedatangan-Nya kelak. 24 Selepas itu datanglah pengakhiran, ketika Dia menyerahkan kerajaan kepada Allah Bapa, ketika dia melenyapkan semua pemerintahan, semua kewibawaan dan semua kekuasaan; 25 kerana Dia harus memerintah sehingga semua musuh telah diletakkan-Nya di bawah kaki-Nya. 26 Musuh terakhir yang akan dilenyapkan ialah Maut. 27 Semua perkara telah ditaklukkan oleh Allah di bawah kaki al-Masih. Jelaslah bahawa Allah tidak turut ditaklukkan. 28 Oleh itu setelah semua perkara ditaklukkan kepada al-Masih, Dia sebagai Putera akan menaklukkan diri-Nya juga kepada Allah, maka Allah menjadi segala-galanya dalam semua perkara.
29 Apakah akan dilakukan oleh mereka yang telah diimadkan bagi pihak orang mati? Sekiranya orang mati tidak dibangkitkan, mengapa orang diimadkan untuk orang mati? 30 Begitu juga kami, mengapa sepanjang masa kami rela menghadapi bahaya? 31 Setiap hari aku menghadapi kematian. Aku mengakui ini, saudara-saudaraku, demi kebanggaanku denganmu yang kumiliki dalam Isa al-Masih, Junjungan kita. 32 Jika menurut pertimbangan manusia, apa faedahnya bagiku berjuang seperti dengan binatang buas di Efesus? Juga, sekiranya orang mati tidak dibangkitkan,
42 Demikianlah dengan kebangkitan orang mati: Tubuh disemaikan dalam kebinasaan, dan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan; 43 disemaikan dalam kehinaan, dibangkitkan dalam kemuliaan; disemaikan dalam kelemahan, dibangkitkan dalam kekuatan; 44 disemaikan dalam tubuh jasmani, dibangkitkan dalam tubuh rohani.
50 Saudara-saudaraku, aku ingin mengatakan kepadamu, daging dan darah tidak akan mendapat tempat dalam kerajaan Allah, dan sesuatu yang boleh binasa tidak akan mendapat tempat dalam ketidakbinasaan. 51 Dengarlah, aku memberitahumu suatu rahsia: Tidak semua kita akan mati, tetapi semua akan diubah 52 serta-merta, dalam sekelip mata, ketika berbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat itu orang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan, dan kita yang masih hidup akan diubah, 53 kerana yang boleh binasa ini mesti mengenakan bentuk yang tidak boleh binasa, dan yang boleh mati ini mesti mengenakan bentuk yang tidak boleh mati. 54 Setelah ini berlaku, terbuktilah firman:
58 Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkan pendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamu tahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akan sia-sia.
<- 1 Korintus 141 Korintus 16 ->